Wednesday 11 September 2013

Pemilik cicak tokek miliki 16 rekod jenayah



 Wanita warga emas iaitu pemilik cicak tokek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pemuda di Kuala Selangor baru-baru ini didapati mempunyai 16 rekod jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ahli perniagaan berusia 60 tahun itu pernah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kes penipuan urusan perniagaan di Perak dan Pahang.
"Dia kini disyaki terlibat dalam kes pembunuhan pula dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Menurut Mohd. Shukri, sehingga kini pihaknya belum menemukan cicak tokek yang dikatakan menjadi punca kematian pemuda itu.
Semalam polis mendedahkan mayat Syairul Helmy Azhar, 24, yang ditemui mati dalam sebuah kereta hampir tenggelam di lombong berhampiran Universiti Selangor (Unisel), Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 30 Ogos lalu telah dibunuh kerana melarikan cicak tokek yang dikatakan bernilai RM1 juta. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130911/je_18/Pemilik-cicak-tokek-miliki-16-rekod-jenayah#ixzz2ebIErmhq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment